Penyu seberat kira-kira 50kg dengan ukuran panjang 1.2 meter dan lebar 0.7 meter itu dipercayai mati akibat terkena kipas bot sebelum dihanyutkan ombak ke pantai.
Pengarah Perikanan Pahang, Adnan Hussain, yang dihubungi berkata, hasil siasatan oleh pegawai bertugas mendapati ia dipercayai telah mati seminggu lalu.
Menurutnya, sepanjang 2016 hingga kini, sebanyak tiga kes kematian penyu di seluruh Pahang telah dilaporkan kepada Jabatan Perikanan.
"Jabatan Perikanan menasihatkan pelaut dan nelayan supaya berhati hati dengan pergerakan penyu untuk melindungi haiwan yang semakin terancam tersebut," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bangkai seekor penyu ditemui beberapa penduduk di pantai Sungai Lumpur, di sini, petang semalam ketika mereka bersiar-siar untuk melihat aktiviti memukat udang di pantai itu.
Beliau berkata, bangkai penyu berkenaan telah ditanam di kawasan berhampiran lokasi ia ditemui selepas siasatan selesai dilakukan. #sumber
0 Komentar