Pengurus syarikat feri, Nasir Awang, 62, berkata, pemberhentian operasi sementara waktu itu tidak dapat dielakkan kerana keadaan ombak yang kuat di kuala Sungai Endau yang dibimbangi merbahaya kepada penumpang.
Bagaimana pun menurutnya, perkhidmatan feri ke Pulau Tioman dari Jeti Mersing, Johor beroperasi seperti biasa dan pelancong yang mahu ke pulau pelancongan itu dalam tempoh hingga Khamis ini boleh menaiki feri di sana.
“Kesulitan kepada pelancong yang mahu ke Pulau Tioman melalui Terminal Jeti Pelancongan Tanjung Gemok memang sangat dikesali dan tidak dapat dielakkan atas faktor keselamatan penumpang lebih diutamakan.
“Keadaan ombak kuat di kuala Sungai Endau menyukarkan feri untuk masuk ke terminal dan terpaksa dihentikan sementara waktu namun urusan menyeberang ke Pulau Tioman boleh dilakukan di Jeti Mersing,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Nasir tidak menolak kemungkinan pemberhentian operasi feri kemungkinan dilanjutkan jika keadaan ombak masih lagi kuat pada hari berikutnya.
Namun begitu, jika keadaan ombak pulih seperti biasa sebelum hari Khamis ini, beliau akan menjalankan operasi feri seperti biasa dan akan diwar-warkan kepada umum. #sumber
0 Komentar