Usul Kanak-Kanak Terabai, Angkara Bidas Tindakan Fuziah ! ~ BeritaSeo


KUANTAN: Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini membidas tindakan  Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar usul tergempar berkaitan isu 162 kanak-kanak yang didakwa terabai di sebuah pusat perlindungan dekat sini, untuk dibahaskan di Sidang Dewan Rakyat.  

Alasan Fuziah, pihaknya mengemukakan isu tersebut kerana ia adalah berkepentingan dan perlu mendapat perhatian segera demi kebajikan kanak-kanak terlibat. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) berkata tindakan Fuziah itu boleh menjejaskan nama baik beliau sebagai wakil rakyat sebenarnya.



Fuziah sepatutnya merujuk dulu perkara tersebut kepada pihak yang berkenaan sebelum membawanya ke parlimen. Tambahan pula isu tersebut masih disiasat dan tidak wajar Fuziah hanya merujuk kenyataan akhbar untuk membawa sesuatu usul seperti itu. 


"Saya mendapat banyak komentar daripada bekas penghuna Rumah Perlindungan Kana--Kanak terbabit sejak semalam. Antara lain mereka mempertikaikan tindakan Fuziah dan menafikan perkara tersebut. Susulan daripada itu Fuziah sepatutnya mendapatkan maklumat yang lebih jelas daripada bekas penghuni dan mereka yang terlibat secara langsung. Bukan memetik laporan akhbar kemudian menjadikan ia usul untuk dibahaskan di parlimen. Kerja wakil rakyat tidak semudah itu, sepatutnya Fuziah mengkaji dulu isu berkenaan agar beliau mendapat maklumat yang lebih jelas. Tidak wajar hanya mendengar  maklumat sebelah pihak untuk dijadikan usul", kata Shukri.

Shukri turut mendedahkan beberapa komentar yang beliau terima berhubung dengan perkara tersebut. Sila rujuk di bawah:-







Susulan daripada itu, Shukri menggesa Ahli Parlimen Kuantan itu menarik balik usul tersebut. "Saya risau nama Fuziah akan tercemar gara-gara membawa sesuatu usul yang tidak bersandarkan kepada fakta sebenar. Adalah lebih elok perkara itu disiasat dengan rapi terlebih dahulu dan beliau ambil masa sebelum mengemukakan sesuatu usul di parlimen. Tindakan hanya merujuk kepada laporan media untuk dijadikan usul boleh memakan diri sebenarnya", tambah Shukri lagi. 

Difahamkan, usul Fuziah supaya sidang ditangguhkan untuk membahaskan isu tersebut dijangka akan dijawab oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat  pada Rabu, 23 Mac (esok). #PDO

Bagikan ke

0 Komentar