Muhyiddin Dakwa Rasa Menyesal Desak Pak Lah Berundur ! ~ BeritaSeo

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddn Yassin mengaku beliau menyesal kerana mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009.
Katanya beliau menyesal kerana telah membuka peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri selepas itu.
Katanya, beliau mendesak Abdullah atau Pak Lah berundur kerana Barisan Nasional sangat lemah ketika itu tetapi tidak menjangkakan keadaan lebih teruk akan berlaku di bawah Najib.
“Saya menyesal. Ketika itu nampak yang indah saja,” katanya yang digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO dan digugurkan jawatan Kabinet kerana mengkritik Najib dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Beliau bercakap di hadapan lebih 1,000 orang yang menghadiri Kongres Rakyat Gerakan Selamatkan Malaysia di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, Gerakan Selamatkan Rakyat dan Deklarasi Rakyat telah membuatkan pemimpin UMNO takut dan gusar kerana semakin ramai yang menyokongnya.
“Walaupun mereka kata ia hanya gimik politik tetapi saya tahu jauh di sudut hati, mereka takut,” katanya yang meminta rakyat bangkit dan terus menyokong Deklarasi Rakyat menuntut Najib meletak jawatan. #sumber

Bagikan ke

Related Post:

0 Komentar