Lawan Pemerintah Zalim, Bukannya PM Pencen Yang Zalim ! ~ BeritaSeo

PETALING JAYA: Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menggesa rakyat supaya melawan pemerintah yang zalim dan bukannya seseorang yang tidak lagi memiliki kuasa.
Beliau menyebut perkara itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya rasa nervous berceramah di hadapan Perdana Menteri (bekas) yang berkuasa lebih 22 tahun (Dr Mahathir). Dua kali saya ditahan di bawah ISA, di bawah rejim Tun Mahathir Mohamad.
“Seperti rakan-rakan yang lain kita datang bukan dalam hal peribadi, sebab Islam mengajar kita berkata benarlah di hadapan pemerintah yang zalim dan bukannya pencen yang zalim.
Kalau kita berani mengkritik orang yang telah pencen, itu bukan jantan namanya,” katanya dihadapan lebih 1,000 orang yang menghadiri Kongres Rakyat Gerakan Selamatkan Malaysia di Shah Alam semalam.
Menurut Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, ketika beliau menjadi Ahli Parlimen, ramai dalam kalangan anggota dewan bising apabila hutang negara mencecah RM100 bilion, hingga menyebabkan Dr Mahathir dihentam kerana mengizinkan hutang sebanyak itu.
Bagaimanapun, hutang itu semakin bertambah menjadi RM300 bilion apabila negara diterajui oleh Perdana Menteri pengganti (Tun Abdullah Ahmad Badawi) selepas Dr Mahathir melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
“Lepas itu digantikan dengan Perdana Menteri yang nak buat reform (reformasi) hutang negara meningkat RM800 bilion. Inilah dia Malaysia tanah airku,” sindirnya. #sumber

Bagikan ke

Related Post:

0 Komentar