KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli bermain api dengan mendedahkan butiran dokumen yang dirahsiakan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), dan mengaitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Rafizi mendedahkan butiran daripada dokumen tersebut dalam sidang media di ruang legar Parlimen hari ini tetapi FMT tidak akan menyiarkan butirannya.
Tukang adu yang membocorkan dokumen yang dirahsiakan dibawah OSA boleh dipenjarakan sehingga dua tahun.
Meskipun begitu, Ahli Parlimen Pandan itu berhujah keadilan perlu diberi kepada pesara-pesara terkesan, yang terletak dibawah bidang kuasa LTAT.
Menurut Rafizi, tindakannya itu perlu diambil memandangkan LTAT enggan menjawab soalan-soalan yang diajukan beliau kepada lembaga minggu lalu.
Minggu lalu, Rafizi berkata dokumen rasmi dalam simpanannya mendedahkan tunggakan 1MDB kepada anak syarikat LTAT, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), yang setakat September tahun lalu mencecah RM396.41 juta.
Tunggakan itu, dakwanya, memberi kesan langsung keatas aliran tunai LTAT sehingga menyebabkan kelewatan membayar gratuiti kepada veteran-veteran askar tak berpencen.
0 Komentar