PPRT: Angkara Gesa, Rayuan Warga Emas Dipertimbangkan ~ BeritaSeo


KUANTAN: Seorang warga emas, penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Haji Kamaruddin Haji Li, 77, sanggup datang dari Kuala Lipis semata-mata untuk mengadu masalah yang dihadapinya kepada Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) semalam. Kisah beliau pernah di siarkan dalam akhbar arus perdana sebelum ini. 


Beliau yang hadir bersama rakan dan dua anaknya mendakwa mereka sudah buntu dan tiada jalan lagi untuk mengadu masalah selain kepada Angkara. Beliau berhubung dengan Angkara selepas mendapat nombor telefon daripada seorang rakan di Jerantut.


Sementara itu, Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) yang ditemui mendakwa dia terkejut dengan kehadiran warga emas terbabit. "Beberapa kali dia menghubungi saya dan mengatakan ingin berjumpa mengadu masalah... akhirnya dia datang. Saya sangka dia hanya main-main dan bergurau. Lebih mengejutkan dia hadir bersama dua anaknya dan seorang rakan yang sakit stroke. Sanggup menempuh perjalanan jauh semata-mata untuk mengadu  masalahnya", kata Shukri.

Tapak rumah beliau yang rosak dilanda banjir  tahun lalu
Tapak rumah PPRT yang ditawarkan, lokasi yang agak jauh

Menurut Shukri, dia amat terharu mendengar masalah yang menimpa Pak Cik Haji Kamaruddin itu. "Isunya mudah, dia terpilih untuk program bantuan rumah PPRT / Program e-Kasih di Kerambit... cuma dia merayu supaya kerajaan mendirikan rumah terbabit atas tanahnya sendiri yang  terletak di Kampung Teluk Kurung .. tanah bergeran miliknya sejak tiga generasi... Dia merayu perkara itu beberapa kali malah pernah ke Pejabat KDYTM Tengku Mahkota Pahang untuk mendapatkan sokongan.. sejak tahun 2012. Namun hingga sekarang ini tiada apa-apa tindakan oleh pihak berkenaan", kata Shukri.


Beberapa dokumen berkenaan turut disertakan. "Apa yang menjadi masalah kepada Pak Cik Haji Kamaruddin ialah... dia sudah merayu sebelum rumah PPRT itu didirikan lagi.. bukannya sekarang. Orang lain boleh pula dibina atas tanah sendiri, tapi dia tidak diberi perhatian.. Jarak rumah yang ditawarkan juga terlalu jauh dengan tempat tinggalnya sekarang.. malah dia terpaksa menyeberangi sungai dengan bot untuk ke lokasi.. Sebab itu dia enggan berpindah walau pun mendapat beberapa surat amaran daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis. Malah dia mendakwa kehilangan mata pencarian (menoreh getah) jika berpindah ke lokasi yang jaraknya lebih 3 km daripada tanah beliau itu", tambah Shukri.


Menurut Shukri, beliau merayu supaya perkara itu dipertimbangkan dengan sewajarnya oleh pihak kerajaan tambahan pula pengadu mempunya tanah milik sendiri. "Apa salahnya dibina atas tanah beliau.. kerana berdasarkan prosedur sekarang... hanya dia layak mendiami rumah PPRT itu, sedangkan bila dia mati anak dan isterinya tidak boleh mewarisi kediaman terbabit. Ia amat menyusahkan dan membebankan keluarga terbabit. Maka lebih elok dibina rumah atas tanah beliau sendiri seperti kemahuannya. Kenapa orang lain boleh.. dia tidak boleh?. Saya juga difahamkan, Pak Cik Haji Kamarudin tetap membayar bil api dan air walau pun tidak mendiami rumah PPRT yang ditawarkan terbabit", katanya lagi.


Shukri turut memaklumkan bahawa perkara itu sudah dibawa kepada pengetahuan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berjanji akan cuba menyelesaikan perkara itu. "Saya turut mencadangkan supaya rumah PPRT yang beliau dapat sekarang diserahkan kepada senarai menunggu dan kerajaan membina rumah lain khas untuk beliau di tanahnya sendiri. Buat masa ini beliau masih menerima bantuan kebajikan daripada JKM sebanyak RM300 sebulan"

"Dengan anak seramai empat orang, apalah sangat yang boleh diharapkan dengan wang sebanyak itu. Maka berilah ruang kepadanya untuk tinggal di tanah sendiri, kerana di situ dia  boleh mencari rezeki dan sesuap nasi (menoreh getah). Jika di lokasi sekarang, dia pasti patah kaki dan tidak dapat melakukan apa-apa kerja untuk menampung keperluan keluarganya. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail kerana cakna isu ini.. segala kerjasama Dato' Sri amatlah dihargai. Semoga pihak kerajaan dapat memepertimbangkan rayuan warga emas terbabit", tambah beliau lagi. #PDO

Bagikan ke

Related Post:

0 Komentar