Polis Menahan Lima Lelaki Terlibat Penyalahgunaan Dadah ! ~ BeritaSeo


KUANTAN: Polis menahan lima lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di lokasi berlainan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh (foto) berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan dalam tangkapan berasingan pada sebelah pagi dan petang masing-masing di Felda Lepar Hilir 4, Jalan Bukit Ubi dan Kampung Bugis.

"Polis turut menjumpai lima paket plastik lutsinar yang dipercayai mengandungi heroin dan turut merampas lima paket ganja dalam tangkapan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati empat daripada lima suspek berkenaan positif dadah dan ditahan reman selama seminggu manakala seorang lagi ditahan reman empat hari.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 (a) (2), Seksyen 12 (2), Seksyen 15 (1) (a), Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3 (1) Akta Rawatan Penagih Dadah 283/83. #sumber

Bagikan ke

Related Post:

0 Komentar