Pasar Percuma Untuk Golongan Kurang Mampu Di Kuantan ~ BeritaSeo


KUANTAN: Prihatin terhadap keperluan golongan kurang berkemampuan, Kindness Pahang turun padang menganjurkan Projek Pasar Percuma Kindness di Flat Pak Mahat, Tanjung Lumpur di sini, kelmarin.

Projek Koordinatornya, Ashira Abu Bakar berkata, program julung kali dianjurkan itu khusus untuk 65 keluarga asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, OKU dan  fakir miskin di kawasan terbabit.

Menurutnya, pihaknya menerima sumbangan barang keperluan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat korporat, pasar raya dan orang perseorangan bagi menjayakan projek itu.

 “Antara barangan sumbangan termasuk keperluan harian seperti beras, sardin, telur dan juga pakaian.

“Saya lihat penduduk di sini gembira dan terharu dengan adanya program seperti ini kerana sedikit sebanyak dapat ringan beban mereka,” katanya.

Ashira berkata, dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, golongan kurang mampu antara yang terkesan.

Katanya, justeru projek seumpama itu mampu membantu mereka mendapatkan barang keperluan harian dan akan diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, penduduk, Siah Ali, 60, berterima kasih kepada atas usaha  NGO itu yang membantu penduduk di situ. #sumber

Bagikan ke

0 Komentar