PAS Jerantut Sahkan, Akan Letakkan Calon Di DUN Damak ! ~ BeritaSeo


JERANTUT: Yang Di Pertua PAS Kawasan Jerantut,  Yohanis Ahmad (foto) mengesahkan bahawa parti itu berhasrat untuk meletakkan calon mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak pada pilihanraya umum ke-14 tidak lama lagi. Perkara itu didedahkan dalam posting di facebook beliau semalam. Beliau turut melampirkan keratan akhbar yang disiarkan tentang perkara tersebut.


Antara lain katanya,  PAS Jerantut menilai secara serius pandangan akar umbi utk PAS bertanding di Dun Damak. Apabila Ketua Cabang PKR membuat kenyataan terbuka menyerang PAS sedangkan PAS tidak pernah mengkritiknya, ini mengundang kemarahan ribuan penyokong dan ahli PAS di DUN Damak khasnya. 

"Kita terkejut dengan reaksi ahli DAP terhadap kedatangan Lim Kit Siang dan Leong Ngah Ngah di Jerantut baru baru ini. Sudah Sewajarnya Masyarakat Cina menolak DAP pada PRU akan datang. PAS ada Dewan Himpunan Penyokong dan ada bakal calon dari kaum Cina dan India.  Ahli PAS makin bertambah di Cawangan Kg Batu Balai. Walaupun ada beberapa kerat individu yang keluar PAS, namun diganti dgn 85 org muka muka baru yg akan menjadi pendokong dan penyokong tegar PAS. Alhamdulilah", kata kenyataannya. #sumber

Bagikan ke

Related Post:

0 Komentar