Kes 'Pengantin Bertumbuk', Imam Jelaskan Kisah Sebenar ! ~ BeritaSeo

PETALING JAYA: Insiden bertumbuk di satu majlis pernikahan yang menjadi viral sejak semalam didakwa berpunca daripada sikap keluarga pengantin lelaki yang bercakap kurang sopan kepada keluarga pengantin perempuan.
Seorang wanita bernama Wanie Azwani yang mengaku saudara kepada pengantin perempuan tampil memberi penjelasan menerusi Facebook mengenai kejadian yang berlaku.
Menerusi status di laman sosial berkenaan, Wanie telah memuat naik status yang dipetik daripada imam yang bertanggungjawab menikahkan pasangan itu.
Imam tersebut menjelaskan bahawa insiden itu bukanlah berpunca daripada kegagalan di pihak pengantin lelaki menyediakan baki wang hantaran kepada pengantin perempuan dengan jumlah secukupnya.

Sebaliknya, pihak pengantin lelaki didakwa memulakan pertelingkahan apabila bercakap kurang sopan semasa perbincangan dengan keluarga pengantin perempuan.
“Ramai orang bertanya pada saya jadi penjelasan yang saya buat bukan gaduh kerana isu tak bayar wang baki hantaran. Tapi gaduh kerana sebelah lelaki cakap kurang ajar apabila pihak perempuan bertanya baki wang hantaran.
“Dah menjadi satu tanggungjawab dipihak perempuan minta baki kerana berjanji untuk bayar bakinya pada hari nikah. Saya harap kenyataan saya betul,” tulisnya.
Video mengenai kejadian bertumbuk itu telah tersebar secara meluas dan menarik perhatian media untuk melaporkannya.
Pengguna media sosial yang telah menonton video itu memberikan komen dengan masing-masing menganggap ia sebagai insiden yang dahsyat dan jarang berlaku. #sumber

Bagikan ke

0 Komentar