Awang Adek: Hentikan Spekulasi Saya Jadi Gabenor Negara ~ BeritaSeo

PETALING JAYA: Teka-teki berhubung calon Gabenor Negara terus bermain-main lebih-lebih lagi selepas Datuk Dr Awang Adek Hussin yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) pada 7 April ini diangkat salah satu calon paling dekat.
Bagaimanapun dalam satu laporan Bernama, Awang Adek menidakkan spekulasi tersebut sekali gus meminta semua agar menghentikan spekulasi tersebut.
“Hentikan spekulasi saya sebagai Gabenor Bank Negara,” katanya yang pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan selama tujuh tahun sejak 2006 di bawah dua perdana menteri.
Turut dilaporkan, beliau tidak berhasrat menyambung kontraknya sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga dan ia dilakukan atas pilihanya sendiri.
Awang Adek berkata demikian kepada Bernama di Washington sewaktu liputan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempena Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear.
Walaupun dikatakan antara calon yang sesuai memandangkan beliau pernah menjadi penolong gabenor Bank Negara dari 1996 hingga 2001, Awang Adek akui lebih banyak lagi orang lain yang layak.
“Tak adalah… itu (calon Gabenor Bank Negara) orang lain. Banyak lagi orang lain (yang layak). Saya tidak tahu dan saya rasa tak ada sebab orang selalu cakap saya tak minat (menggantikan Zeti).
“Kita serah pada orang Malaysia, kita ini (duduk) jauh. Saya tak nak buat spekulasi dan tak perlu pun buat spekulasi mengenai nama saya,” katanya.
Beliau yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang ekonomi pernah bertugas dengan Bank Negara selama 16 tahun hingga ke jawatan penolong gabenor Bank Negara.
Beliau juga adalah antara tiga calon yang disebut-sebut paling popular untuk menggantikan Zeti di samping Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim.
Zeti akan bersara selepas menerajui bank berkenaan selama lima penggal sejak 2000.
Awang Adek, berulang kali berkata beliau memilih untuk kembali ke tanah air semata-mata kerana mahu meluangkan masa dengan keluarga yang hampir kesemuanya di Kuala Lumpur.
“Saya mahu meluangkan masa dengan keluarga. Saya tak nak sambung,” kata beliaunya yang akan menerima cucu keduanya tidak lama lagi.
Semasa ditanya apa yang akan dilakukanya apabila kembali ke Malaysia nanti, katanya, buat sementara waktu beliau hanya mahu berehat dahulu. #sumber

Bagikan ke

Related Post:

0 Komentar